8/5/14

Penipuan Sejarah 1

Assalamualaikum w.b.t,

Jamaaaaahhhhhh. Ooooo Jamaaaaaahhhh.

Pernah dengar tentang penipuan sejarah? Pernah dengar yang sejarah yang kita belajar waktu sekolah tu tak benar? Okay. Lets the story begin.

Buku teks sekolah menceritakan bahawa tamadun manusia bermula dari Zaman Batu yang mengandungi 3 fasa Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Kononnya manusia pada zaman ini tidak tahu apa-apa. Malah tiada bahasa perhubungan. Seterusnya berkembang sedikit demi sedikit  ke Zaman Gangsa, Zaman Logam dan sekarang.

Tidakkah anda rasa yang apa yang sering diajarkan di sekolah adalah bertentangan dengan apa yang diceritakan oleh Islam? Bukankah tamadun manusia bermula dengan Nabi Adam? Mungkinkah Allah menurunkan Nabi Adam ciptaanNya ke bumi tanpa sebarang ilmu? Tidak sama sekali. Malah Nabi Adam mampu berbicara, berpakaian dan bertindak seperti manusia normal pada masa kini.





Wah wah wah. Kemain kena buih kita. Siapa dalang disebalik semua ini? Siapa lagi kalau bukan Charles Darwin dan penyokong teori Evolusi.

Garis masa yang sebenar benarnya yang digunakan di dalam Al-Quran adalah mengikut perederaan zaman zaman Nabi dan Rasul. ".. sesudah Musa .. " (Al- Baqarah 102) contohnya. Ini kerana para Nabi adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Kajilah mengikut cara yang betul sehingga kita tahu bagaimana mereka berkembang dan juga bagaimana tamadun mereka yang canggih boleh LENYAP sehingga kita percaya yang mereka adalah dari zaman batu.

Zaman terus berjalan sehingga kepada Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Tiba zaman ini maka berakhirlah ketamadunan manusia kerana zaman diukur melalui para Nabi dan Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda.

 Zaman umat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 fasa.

Fasa 1 - Fasa ini berlansung ketika Rasulullah masih hidup. Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 2 - Fasa ini pula adalah ketika umat Islam diperintah mengikut cara kenabian. (4 Khulafa' Arrasyidin). Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 3 - Fasa pemerintahan yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. (Kerajaan Abbasiyah). Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 5 - Fasa ini dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi dan mengikut syariat Islam sepenuhnya. Dan fasa ini adalah fasa TERAKHIR. Sejarah manusia akan tamat pada fasa ini. Dan pada fasa inilah berlakunya Kiamat. 

Fasa 4?
Zaman ini zaman yang pemerintahnya sombong dan bermaharajalela. Dan Rasulullah pernah mengiingatkan akan kedatangan satu fitnah. Fitnah yang paling besar di dalam ketamadunan manusia. Iaitu fitnah Dajjal. Dajjal tidak mungkin akan muncul di Fasa ke 5. Tidak juga Fasa ke 3 kerana fasa tersebut telah berlalu. Hanya Fasa ke 4 peluang Iblis mengumpul pengikut mereka sebanyak yang mungkin. Dan Fasa ke 4 adalah zaman SEKARANG!



0 comments:

Post a Comment