8/11/14

Perisian Percuma Untuk Anda Memulakan Perniagaan Internet

Assalamualaikum w.b.t,

Perisian dan skrip yang anda download ini boleh dikongsikan atau ubah kandungan mengikut keperluan anda. Skrip dan perisian lengkap ini diedarkan khas untuk anda gunakan untuk memulakan perniagaan internet, tanpa sebarang waranty.

LIST PERISIAN:

-Borang Bayaran
-E-Cover
-PDF Cute Writter
-Skrip Affiliate
-Template Minisite
-Source Code Penuh Laman Web Jualan

Semoga bermanfaat untuk anda.




Arahan:
Sila isikan maklumat anda dan link download akan dihantar terus kepada email anda.



NAMA PENUH

E-MAIL



Panduan Terbaik Memborong Di China Cara Mudah

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kalian? Baik aja kan? Saya baru pulang dari Indonesia. Seronok banget di sana. Kat sana pun barang murah2. Tapi susah nak bawak balik kalau beli secara borong.

Hari ni saya nak bagitahu bagaimana dengan hanya click-click anda mampu memmborong dari negara China dengan mudah sehingga menguntungkan anda sehingga 1000% tanpa perlu ke negara China untuk memborong LANGSUNG!!!

Kita sering risau jualan produk kita tidak meningkat malah lebih merisaukan lagi jualan merudum.
Jualan, jualan, jualan. Itu sahaja yang kita fikirkan.
Kita perlu ubah cara berfikir

Memang kita perlu pentingkan jualan kerana tanpa mencipta jualan yang menguntungkan tidak guna kita berniaga.

Dari kita terus memikirkan bagaimana untuk tingkatkan jualan saya bantu anda :

[1] Dapatkan Produk Pada Harga Lebih Rendah

[2] Keuntungan yang dapat berganda.

[3] Harga Lebih Murah Dari Pusat Pemborong Di Malaysia (DI JAMIN)

Klik di sini untuk tips tips nya. Memang sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk memulakan pernigaan produk fizikal secara online. Juga khas untuk remaja remaja yang diluar sana yang berjinak jinak dengan IG(Instagram) shop.




http://www.bisneschina.com/hop.php?ref=id


8/8/14

Video prank McD Drive Thru

Hello. Hai. Hai.

 Hah. Gila betul lah. Tadi tengah elok elok scroll timeline naik topik hot. Ada 3 orang budak pergi buat prank bodoh dekat McD. Order kat drive thru pastu time nak blah jerit "F**king Israel". Tak patut. Memang nggak patut. Diorang kerja kat situ bukan bermakna diorang tu support Israel. Diorang pun Islam gak. Diorang cari rezeki halal kot. Ni bukan boikot. Ni kacau kerja orang. Awek kat kaunter tu senyum je. Korang gelak macam kena nombor. Orang boikot dia pun sibuk nak boikot jugak. Boikot tu takpe tapi biar kena cara. Tak stylelah buat prank bodoh camtu. Lain kali cari dalam kamus apa maksud boikot tu. Malas, Google. Sorry bro. Serius prank tu tak berapa nak prank. Nampak bodoh.

Nah video.



8/7/14

Kehidupan

Ehem.

Assalamualaikum. Apa khabar? Awak sihat? Dah makan? Tengah buat apa tu?

Ok anak anak. Harini kita nak membincangkan tentang kehidupan. Kalo orang puteh, diorang panggil LIFE. Hah! Abu! Main apa tu? Sial ah lu. Datang depan, describe tentang life.

Baik cikgu. Kehidupan ni sebenanya berkisar tentang apa yang kita boleh tengok dan rasa. Eceh. Padahal search kat Google. Hahaha. Hmm. Entahlah. Setiap orang berbeza dia punya definisi tentang life ni. Mungkin dengan kehidupan yang mewah, berjaya dalam pelajaran or dapat hidup bebas tanpa dikongkong?


Tapi kan, ada orang yang dia dah penah rasa dan ada suma tu tapi dalam diri dia masih lagi rasa kosong. Sampai satu puncak dia rasa yang benda yang dia ada tu tak memberi makna apa apa untuk dia. Dia rasa masih ada yang tak kena.

Kekosongan itu harus diisi. ( Macam iklan kerja kosong pulak. Hekhek) Nak isi dengan apa? Makanan lah. Tak tak. Dekatkan diri dengan Allah. Belajar ilmu Allah. Zikrullah. Dengan izinNya, korang akan rasa hidup korang lebih bermakna. Tak caya? Boleh blah. Eh, tak tak. Gurau gurau. Try lah dulu. InsyaAllah.

Ahh ngantuk. Kbai. 

8/5/14

Penipuan Sejarah 1

Assalamualaikum w.b.t,

Jamaaaaahhhhhh. Ooooo Jamaaaaaahhhh.

Pernah dengar tentang penipuan sejarah? Pernah dengar yang sejarah yang kita belajar waktu sekolah tu tak benar? Okay. Lets the story begin.

Buku teks sekolah menceritakan bahawa tamadun manusia bermula dari Zaman Batu yang mengandungi 3 fasa Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Kononnya manusia pada zaman ini tidak tahu apa-apa. Malah tiada bahasa perhubungan. Seterusnya berkembang sedikit demi sedikit  ke Zaman Gangsa, Zaman Logam dan sekarang.

Tidakkah anda rasa yang apa yang sering diajarkan di sekolah adalah bertentangan dengan apa yang diceritakan oleh Islam? Bukankah tamadun manusia bermula dengan Nabi Adam? Mungkinkah Allah menurunkan Nabi Adam ciptaanNya ke bumi tanpa sebarang ilmu? Tidak sama sekali. Malah Nabi Adam mampu berbicara, berpakaian dan bertindak seperti manusia normal pada masa kini.





Wah wah wah. Kemain kena buih kita. Siapa dalang disebalik semua ini? Siapa lagi kalau bukan Charles Darwin dan penyokong teori Evolusi.

Garis masa yang sebenar benarnya yang digunakan di dalam Al-Quran adalah mengikut perederaan zaman zaman Nabi dan Rasul. ".. sesudah Musa .. " (Al- Baqarah 102) contohnya. Ini kerana para Nabi adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Kajilah mengikut cara yang betul sehingga kita tahu bagaimana mereka berkembang dan juga bagaimana tamadun mereka yang canggih boleh LENYAP sehingga kita percaya yang mereka adalah dari zaman batu.

Zaman terus berjalan sehingga kepada Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Tiba zaman ini maka berakhirlah ketamadunan manusia kerana zaman diukur melalui para Nabi dan Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda.

 Zaman umat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 fasa.

Fasa 1 - Fasa ini berlansung ketika Rasulullah masih hidup. Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 2 - Fasa ini pula adalah ketika umat Islam diperintah mengikut cara kenabian. (4 Khulafa' Arrasyidin). Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 3 - Fasa pemerintahan yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. (Kerajaan Abbasiyah). Dan fasa ini telah berakhir.

Fasa 5 - Fasa ini dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi dan mengikut syariat Islam sepenuhnya. Dan fasa ini adalah fasa TERAKHIR. Sejarah manusia akan tamat pada fasa ini. Dan pada fasa inilah berlakunya Kiamat. 

Fasa 4?
Zaman ini zaman yang pemerintahnya sombong dan bermaharajalela. Dan Rasulullah pernah mengiingatkan akan kedatangan satu fitnah. Fitnah yang paling besar di dalam ketamadunan manusia. Iaitu fitnah Dajjal. Dajjal tidak mungkin akan muncul di Fasa ke 5. Tidak juga Fasa ke 3 kerana fasa tersebut telah berlalu. Hanya Fasa ke 4 peluang Iblis mengumpul pengikut mereka sebanyak yang mungkin. Dan Fasa ke 4 adalah zaman SEKARANG!



8/4/14

5 TIPS untuk sekurang kurangnya LULUS MUET

Hai Hello Bye.

Korang dah daftar kan untuk test MUET sesi November ni? Kat sini saya nak kongsi 5 TIPS untuk lulus muet dan serba sedikit situasi peperiksaan MUET berlansung berdasarkan kisah benar. Eh. Pengalaman saya.






Okay. Anda semua boleh lah cer try tips2 ni.

1. Part yang paling susah untuk MUET ni rasanya Speaking Test kot. Bila sebut pasal speaking ni. Perkara yang paling penting adalah kefasihan anda bertutur. Omputih sebut fluency. Suggestion saya, try hafal lirik lagu omputih dan nyanyi balik. Ramai2 pun takpa. Boleh test power. Hahah. Avenged Sevenfold ke Muse ke. Haa. Kelas gitu.

2.Untuk writting pulak. Kalau yang dah biasa tulis essay, yang dulu dapat A English SPM. Korang selamat. Bagi yangtak. Try lah belatih buat essay. Try je dulu. Karang la boleh 2-3 helai. Berkhayal lah semampu boleh. Pekena teaweed ke. Eh jangan. Then, korang kene revised balik grammar.  Pastu vocab yang power2, boleh dapat dari lirik lagu omputih yang saya suggest tadi. Hahah. Serius. Lirik dorang bukan calang2.

3. Reading test! Fuhh. Yang ni boleh gila beb kalau korang tak tidur malam tu. Goyang kepala la jawabnya. Make sure korang tidur cukup untuk fokus nak baca essay yang berjela tu. Panjang dia tak boleh dibuat main. Reading ni korang kena tahu banyak vocabs. Try la tips yang kat atas tu. Try tengok movie English ke. Serius ni. English ni bahasa. Dengan tengok movie, main game, baca cerita yang bukan2 korang dapat improve English korang. English is fun. Take it easy.

4. Haaa. Listening test. Hahahaha. Ambik cotton bud korek telinga korang setakat yang boleh. Kalau sit korang dekat dengan speaker lagi cun. Yang ni pun kena tidur cukup. Buatnya terlelap. Habis. Jawapan semua dia dah sebut dalam dalam recording tu. Dengar je betul betul.

5. Last sekali! Minta doa banyak banyak. Kemabali kepada Allah. Dia yang memberi. InshaAllah lulus.

Untuk yang tak tahu dan nak tahu. Speaking test berlansung selama satu hari ada gap dalam beberapa minggu ke bulan, tak ingat dahthen baru korang kena sit untuk Writting, Reading dan Listening. Selalu orang yang sangkut masa Speaking test tu lah. Punya la gugup. 

MUET ni memang ada yang buat main. Diorang ingat tak penting. Eh jangan. Penting kot. Takkan la bayar memahal tak penting. Nak ambik engineering at least Band 3. Ambik law UiTM at least Band 4. Naya korang. Buat betul betul. Ni ada yang kalut nak repeat MUET. Kan susah.

Haaa. Untuk yang nak try tips tambahan yang memang menjadi boleh try ni. Tak menyesal punya. Worth buying.
--> http://tinyurl.com/muettips
--> http://tinyurl.com/muettips
--> http://tinyurl.com/muettips

Kbai. Assalamualaikum.